Jumaat, 24 Februari 2012

MPOB MELILIKI PEJABAT SENDIRI-TAN

Oleh: Hj.Wahab Timpai.

KENINGAU:- MPOB kawasan Pedalaman Atas telah mempunyai pejabatnya untuk kakitangan MPOB bertugas di daerah ini,kata Datuk Tan Yong Gee.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada pagi Rabu disini.

Kakitangannya sebelum ini hanya menumpang pejabat dan pernah diusir tanpa sebab oleh pemilik bangunan itu.

Khamis, 23 Februari 2012

SAPP BERTANDING KERUSI DUN MELALAP,KEMABONG DAN PARLIMEN.

OLEH.HJ.WAHAB TIMPAI.

TENOM: Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee meminta bakal calon di dua kawasan DUN dan Parlimen di Tenom disini memberi fukos kepada isu tempatan seperti yang disuarakan oleh penyokong akar umbi.

Beliau membuat saranan itu dalam ucapan pengulungannya dimajlis perjumpaan bersama rakyat pada petang Selasa bertempat di hotel Perkasa.

Seramai enam orang pemimpin parti itu memberi cermah termasuk penasihatnya Datuk Mohd.Noor Mansur.

Selain dari itu, Datuk Yong juga menerima kemasukan ahli baru yang diketuai oleh mantan Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) Dzulkifli Gunsika.

Semakin panas politik dalam kawasan DUN Melalap,Kemabong, Parlimen di sini, dan sokongan rakyat kepada SAPP bertambah baik dari hari kehari.

Khamis, 15 Disember 2011

USAHA KEBUN TERBIAR.

BAGUS lagi mereka yang mempunyai tanah terbiar mula azam mengisikan tanaman yang boleh mendatangkan hasil untuk meningkatkan ekonomi daripada menjadi buntut para pemimpin politik yang kejar gelaran YB.

Mereka (pemimpin) yang suka memburuk-burukkan antara satu yang lain, pada hal diri semndiri pun belum cukup sempurna juga, malah lebih teruk dari yang diburuk2 itu.

Konon dia lah yang terbaik, akan membantu orang kampung kalau diberi peluang menang PRU 13 untuk mengubah nasib rakyat, wal hal, matlamat dia hanya dirinya sendiri berubah kalau sudah jadi YB.

Cukuplah jangan lagi telampau menipu sama orang kampung bah, isi dalam hati kamu itu rakyat sudah baca dari segi air muka memang muka penipu suka kelintong.

Siapa makan lada tentu dia merasa padasnya.

Khamis, 8 Disember 2011

BAHANG PILIHAN RAYA DIRASAI.

TENOM: Bahang pilihan raya umum ke 13 kini telah dirasai oleh setiap parti dan mereka masing-masing membuat program dikampung.

Pengagihan borang mendapat RM 500 satu keluarga juga sedang berjalan dilakukan oleh pihak Kerajaan melalui semua agensi Swasta dan Kerajaan dipertanggungjawabkan dalam gerakan itu.

Bagaimanapun, respon orang kampung mengenai RM500 menyifatkan tindakan kerajaan berbuat demikian ada lah kerana dekat sudah pilihan raya Umum, dan itu hanya pancing undi.

Kenapa selama ini pemberi wang RM500 satu keluarga itu tidak diadakan?

Jumaat, 7 Oktober 2011

SEBANDAR,MARAJA,DAN HARIMAU, NAMA GELARAN DARI BRUNEI, DIMANA TIGA REMAJA DARI BORNEO BERHIZARAH BEKERJA DI NEGERA BRUNEI DARUS SALAM KETIKA ITU, DAN MEREKA INI BUKAN PEJUANG,HANYA MENDAPAT ANUGERAH ITU KERANA MEREKA MENYUMBANGKAN TENAGA BERKERJA MEMBANGUNKAN NEGERA ITU.

Ahad, 2 Oktober 2011

MESYUARAT AGUNG PKR CABANG TENOM.

TENOM: Mesyuarat Agung Keadilan Cabang P181 Tenom bermula jam 10 pagi setelah korom mencukupi seperti dikehendaki perlembagaan parti.

Mesyuarat itu dilansungkan di Pejabat Ranting Kuala Tomani, dalam agenda mesyuarat itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Timbalan Ketua Cabang dan beberapa AJK cabang turut diisi.

Manakala Ketua cabang dan naib, dan beberapa AJK cabang itu kekal.

PENARANGAN MENTERNAK BURUNG WALIT.

TENOM: Penubuhan Syarikat mentertanak burung walit perlu mempolehi lesen yang sah disokong dari jabatan Hidupan Liar Negeri.

Menteranak tanpa lesen ada lah menjadi satu keselahan, kata Datuk Halik Zaman ketika memberi penerangan di Kuala Tomani pagi Ahad tadi bersamaan 2 Oktober 2011.

Justeru itu, mereka yang berminat dalam penterenakan burung walit ianya perlu terlebih dahulu memohon trading lesen.


Menurutnya, harga pesaran sarang burung walit di Korea USD$ 18,000 sekilo yang belum dibersihkan.

Sarang burung walit satu ubat mujarab khusunya mereka yang menghidap penyakit ampus, dan memulihkan tenaga kejantanan,dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu kata Halik Zaman lagi, dalam permohonan itu mesti di daerah dimana mereka mendirikan rumah penterankan burung walit itu.

Di fahamkan setiap kampung hanya dibenar 500 orang berkongsi dalam syarikat itu tanpa menggira fahaman politik, dan kini telah bermula di Ulu Tomani dan sambutan masyarakat kampung disitu sungguh menggalakkan.